A&F SOLUTIONS

Lestari Seni Kreatif Malaysia

Mengenai Kami

A&F Solutions

A&F Solutions berpengalaman lebih dari 8 tahun dalam industri seni kreatif, pengiklanan dan percetakan dengan tidak kurang dari 200 pelanggan tetap dan berpotensi. Kami adalah merupakan sebuah syarikat yang amat mementingkan hasil seni kreatif yang berkualiti dalam penghasilan kerja-kerja perkhidmatan mahupun keluaran produk kami. Kami telah mempelbagaikan lagi produk dan perkhidmatan supaya A&F Solutions berdaya maju serta dapat memartabatkan seni dan budaya yang terdapat di Malaysia dengan harapan dapat menulusuri pasaran secara global.

Visi Kami - A&F Solutions berusaha untuk dikenali sebagai penanda aras perkhidmatan yang luar biasa bukan hanya melalui industri percetakan tetapi lebih mengutamakan kesenian dan kebudayaan di Malaysia. A&F Solutions sentiasa terus berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Misi kami - Adalah memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan menepati janji. A&F Solutions akan berusaha untuk memberikan penyelesaian khusus bagi semua keperluan perkhidmatan pelanggan seterusnya dapat meningkatkan kualiti secara berterusan. Kakitangan A&F Solutions memberi tumpuan untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan dan menjalin hubungan kekal bersama pelanggan.

STUDIO Seni Kreatif

Perkhidmatan Kami

KEBIJAKAN KAMI

Seni Kreatif

Percetakan

Pengiklanan

A&F Solutions bermula dengan memberi perkhidmatan percetakan dan rekaan seni grafik kepada pelanggan seperti menghasilkan pelbagai jenis cetakan yang meliputi kain kanvas, pvc, kertas nipis, kertas kad dan juga pelekat. A&F Solutions kini telah mempelbagai produk dan perkhidmatan pengiklanan secara digital kepada pelanggan, contohnya dengan menghasilkan sebuah video pendek dengan kaedah rundingcara, kerjasama mahupun penyerahan sepenuhnya dalam pembikinan sesebuah video. Hasil seni yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan adalah kebanggaan kepada pelanggan kami.
  • Rekaan Seni Grafik 90%
  • Pengiklanan 75%
  • Penulisan Kreatif 90%
  • Percetakan 88%

Blog Kami

HASIL KARYA

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Studio Seni Kreatif. Dikuasakan oleh Blogger.

Hubungi Kami

Hubungi A&F Solutions